~sebenarnya aku terpanggil untuk tulis pasal entry ni sebab aku ada kena mengena apa yang telah terjadi dengan keluargaku sendiri..antara percaya atau tidak nauzubillah..
nasi kangkang @ nasi tangas adalah amalan khurafat yang segelintirnya dilakukan oleh masyarakat melayu sendiri. Pengamal amalan ini seperti tidak takut akan balasan Allah terhadapnya. Akibat hasutan syaitan telah mendorong mereka berani untuk membelakangkan kekuasaan Allah dan mempercayai akan kuasa syaitan. Walaupun ISlam telah melarang perbuatan terkutuk ini namun, masih ada lagi segelintir mereka yang masih percaya dan mengamalkan amalan terkutuk ni kerana mereka mempercayai keanihan dan keajaibannya yang dikatakan mujarab. Amalan ini dikatakan berjaya menundukkan suami @ sesiapa sahaja mereka suka..Betul ker??..nampak sangat mereka tidak percayakan akan kekuasaan Allah sehingga sanggup membelakangkan Allah S.W.T.. menidakkan ketentuan Ilahi akan jodoh, ajal maut telah ditentukan..
Penghasilan nasi kangkang sama seperti namanya agak menjijikkan kerana wanita berkenaan perlu berada pada keadaan haid @ datang bulan. Wanita berkenaan dikatakan perlu duduk mencangkung di atas nasi yang masih panas untuk selama lebih kurang 10 hingga 15 minit sehingga mengalir air yang berwap daripada tubuhnya ke dalam nasi berkenaan dan selalunya amalan ini perlu dilakukan beberapa kali untuk lebih mujarab.
Bagaimanapun sebelum melakukan `kerja berkenaan' pengamal akan dinasihatkan wanita itu terlebih dulu untuk melakukan segala ikhtiar termasuk bersabar dengan kerenah suami sebelum mengamalkan nasi kangkang kerana tahu ia bukanlah cara terbaik `menundukkan suami, lantaran ia mungkin menyebabkan kesan sebaliknya seperti suami menjadi bodoh atau tidak betul.
Perkara yang dibantu oleh syaitan seperti ini selalunya menjadi, khususnya membabitkan pasangan yang masing-masing cetek ilmu pengetahuan agamanya. Walaupun dalam beberapa kes ada suami yang menjadi bodoh akibat makan benda yang kotor, namun itulah yang isteri inginkan iaitu suami yang mengikut segala telunjuknya.
Namun juga tidak menafikan kesan sihir yang dilakukan bomoh boleh mendatangkan kesan sebaliknya seperti suami membenci isterinya dan mungkin ia dikaitkan dengan melanggar pantang larang oleh wanita berkenaan seperti larangan makan makanan tertentu dan sebagainya.
` antara percaya atau tidak akan keberkesanan panahan "nasi kangkang" ini hanya mereka yang pernah mngamalkannya ja yang tahu. Namun, apa yang telah terjadi terhadap rumahtangga atuk dan abangku sendiri telah mendorong aku menulis entry ini.
abangku :~bukannya isterinya yang buat..tapi seorang perempuan yang hanya ingin menguasainya dan memilikinya. sehinggakan abangku sanggup membelakangkan keluarganya sendiri dan isteri serta anaknya. (sekarang dalam proses perceraian dengan kakak iparku)
atukku :~nenek tiriku telah berjasa menguasainya..kerana inigi menguasai semua harta atukku kerana sebelum dia berkahwin dengan datukku mereka hidup dalam kedaifan. Perbuatannya membuatkan atukku sehingga seperti "lembu yang dicucuk hidungnya". Sudah tidak tahu baik buruknya seperti "orang bodoh"
Kalau kita menjadi was was terhadap pasangan kita sama ada dibomohkan secara senyap dan sebagainya, yakinkan saja tidak ada apa yang mampu memberi kesan kepada manusia dalam dunia sekarang kecuali dengan pertolongan Allah. Hanya dengan kekuatan diri dan percaya kepada Tuhan, kita mampu mengatasinya. Sebagai manusia saya juga mengharapkan kita jangan terlalu menggambarkan benda itu sampai berlebihan, sebaliknya lebih rasional dalam sebarang perkara.
Hingga ke hari ini belum pernah ada satu garis panduan terhadap amalan ini dilakukan, mungkin kerana tiada bukti yang dapat menerangkan kesannya menjadikan ia bukanlah satu topik yang mendapat perhatian sewajarnya, dan yang pasti ia tidak dapat dibuktikan dengan sains dan teknologi menjadikan ia berlalu begitu saja atau bergerak perlahan tanpa diendahkan.
oleh itu sebagai umat Islam jangan sesekali menidakkan kekuasaan Allah dan mempercayai amalan khurafat semua ini kerana besar dosanya dan dilatnati oleh Allah S.W.T~