Tuesday, June 8, 2010

55 : ^ nasi kangkang..dongeng atau realiti??^

~sebenarnya aku terpanggil untuk tulis pasal entry ni sebab aku ada kena mengena apa yang telah terjadi dengan keluargaku sendiri..antara percaya atau tidak nauzubillah..

nasi kangkang @ nasi tangas adalah amalan khurafat yang segelintirnya dilakukan oleh masyarakat melayu sendiri.  Pengamal amalan ini seperti tidak takut akan balasan Allah terhadapnya.  Akibat hasutan syaitan telah mendorong mereka berani untuk membelakangkan kekuasaan Allah dan mempercayai akan kuasa syaitan.  Walaupun ISlam telah melarang perbuatan terkutuk ini namun, masih ada lagi segelintir mereka yang masih percaya dan mengamalkan amalan terkutuk ni kerana mereka mempercayai keanihan dan keajaibannya yang dikatakan mujarab. Amalan ini dikatakan berjaya menundukkan suami @ sesiapa sahaja mereka suka..Betul ker??..nampak sangat mereka tidak percayakan akan kekuasaan Allah sehingga sanggup membelakangkan Allah S.W.T.. menidakkan ketentuan Ilahi akan jodoh, ajal maut telah ditentukan..

Penghasilan nasi kangkang sama seperti namanya agak menjijikkan kerana wanita berkenaan perlu berada pada keadaan haid @ datang bulan. Wanita berkenaan dikatakan perlu duduk mencangkung di atas nasi yang masih panas untuk selama lebih kurang 10 hingga 15 minit sehingga mengalir air yang berwap daripada tubuhnya ke dalam nasi berkenaan dan selalunya amalan ini perlu dilakukan beberapa kali untuk lebih mujarab.

Bagaimanapun sebelum melakukan `kerja berkenaan' pengamal akan dinasihatkan wanita itu terlebih dulu untuk melakukan segala ikhtiar termasuk bersabar dengan kerenah suami sebelum mengamalkan nasi kangkang kerana tahu ia bukanlah cara terbaik `menundukkan suami, lantaran ia mungkin menyebabkan kesan sebaliknya seperti suami menjadi bodoh atau tidak betul.
Perkara yang dibantu oleh syaitan seperti ini selalunya menjadi, khususnya membabitkan pasangan yang masing-masing cetek ilmu pengetahuan agamanya. Walaupun dalam beberapa kes ada suami yang menjadi bodoh akibat makan benda yang kotor, namun itulah yang isteri inginkan iaitu suami yang mengikut segala telunjuknya.

Namun juga tidak menafikan kesan sihir yang dilakukan bomoh boleh mendatangkan kesan sebaliknya seperti suami membenci isterinya dan mungkin ia dikaitkan dengan melanggar pantang larang oleh wanita berkenaan seperti larangan makan makanan tertentu dan sebagainya.

` antara percaya atau tidak akan keberkesanan panahan "nasi kangkang" ini hanya mereka yang pernah mngamalkannya ja yang tahu. Namun, apa yang telah terjadi terhadap rumahtangga atuk dan abangku sendiri telah mendorong aku menulis entry ini.  

abangku :~bukannya isterinya yang buat..tapi seorang perempuan yang hanya ingin menguasainya dan memilikinya. sehinggakan abangku sanggup membelakangkan keluarganya sendiri dan isteri serta anaknya. (sekarang dalam proses perceraian dengan kakak iparku)

atukku :~nenek tiriku telah berjasa menguasainya..kerana inigi menguasai semua harta atukku kerana sebelum dia berkahwin dengan datukku mereka hidup dalam kedaifan.  Perbuatannya membuatkan atukku sehingga seperti "lembu yang dicucuk hidungnya".  Sudah tidak tahu baik buruknya seperti "orang bodoh"


Kalau kita menjadi was was terhadap pasangan kita sama ada dibomohkan secara senyap dan sebagainya, yakinkan saja tidak ada apa yang mampu memberi kesan kepada manusia dalam dunia sekarang kecuali dengan pertolongan Allah. Hanya dengan kekuatan diri dan percaya kepada Tuhan, kita mampu mengatasinya. Sebagai manusia saya juga mengharapkan kita jangan terlalu menggambarkan benda itu sampai berlebihan, sebaliknya lebih rasional dalam sebarang perkara.

Hingga ke hari ini belum pernah ada satu garis panduan terhadap amalan ini dilakukan, mungkin kerana tiada bukti yang dapat menerangkan kesannya menjadikan ia bukanlah satu topik yang mendapat perhatian sewajarnya, dan yang pasti ia tidak dapat dibuktikan dengan sains dan teknologi menjadikan ia berlalu begitu saja atau bergerak perlahan tanpa diendahkan.
 
oleh itu sebagai umat Islam jangan sesekali menidakkan kekuasaan Allah dan mempercayai amalan khurafat semua ini kerana besar dosanya dan dilatnati oleh Allah S.W.T~

Sunday, June 6, 2010

54: ^ ciuman maut^



~ha..kenapa maut?..korang tahu tak yang ciuman seorang perokok boleh membawa maut kepad kanak-kanak.  Prof. Robert Booy (pengarah penyelidikan kebangsaan di The Children's Hospital Sydney) berkata seorang perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria yang berbahaya pada kerongkong mereka.  Bakteria tersebut boleh menyebabkan kematian ini akan berpindah kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium.  Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus.  Pelukan dan ciuman pada kanak-kanak boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun perokok itu merokok di luar rumah.  Hal ini kerana kanak-kanak mempunyai sistem imunisasi yang lemah, ini mendorong mereka mengidap meningitis dan boleh membawa maut.
***oleh itu bagi perokok-perokok kat luar tu renung-renungkanlah dan selamat beramal (^_^)~

53: ^subhanalllah...besarnya kuasa Allah^

~BAU JENAZAH ANGGOTA SUKARELAWAN SEHARUM KASTURI & IKAN LUMBA-LUMBA IRINGI KAPAL SEBELUM SERANGAN DILAKUKAN KE ATAS MEREKA~
~itulah kuasa Allah..Allah Huakbar.."kunfayakun"-jika dikatakan jadi, pasti akan berlaku.  Kekuasaan Allah jelas ditunjukkan ketika kejadiaan serangan komando Israel ke atas kapal Mavi Marmara ahad lalu yang telah disaksikan oleh semua sukarelawan yang berada di kapal itu.  Timbalan Presiden Yayasan Amal, Jamuliddin Ilias cukup terpegun apabila melihat kejadian sekumpulan ikan lumba-lumba berenang laju mengiringi kapal tersebutsejam sebelum serangan dimulakan.  Ia seolah-olah tanda sesuatu yang buruk sedang hampir dengan mereka.  "Sepanjang perjalanan, ada juga kami memancing, tetapi jangankan ikan, bayangnya pun tiada.  Tetapi entah dari mana datangnya sekumpulan ikan lumba-lumba ada di belakang kapal mengiringi kami.  Ia bagai satu tanda".  "Banyak sebenarnya kajadian pelik yang dapat dilihat sepanjang insiden itu.  Antaranya, kejadian angin yang kuat muncul secara tiba-tiba setiap kali komander Israel membaling bom asap pemedih mata.  Banyak yang mereka lontar tetapi satu pun tidak menjejaskan kami.  Tak ada seorang pun yang cedera atau pedih mata."  "Tiap kali bom itu meletup, ada angin kuat menolak asap ke arah lain.  Beberapa orang di kalangan kami pun boleh dengan selambanya mengutip bom kosong itu umpama mengutip bertih jagung dan membuangnya ke laut.  Tak langsung terasa gentar" katanya lagi.  Menurut Pengerusi Aqsa Syarif, Hasanuddin Mohd Yunus telah menafsir kejadian ini adalah satu bantuan daripada Allah yang mengirimkan tenteranya untuk menghulurkan bantuan.  
Jamuliddin juga berkongsi satu senario pelik dan lucu dimana ramai tentera Israel yang lari dan tidak berani menghampiri beberapa sukarelawan yang hanya mempertahankan diri dengan hanya menggunakan botol air mineral. Beliau juga berkata " bukannya bahaya pun, sekadar baling botol mineral ke bot mereka.  Kelam kabut mereka lari.  Apabila mereka berpatah balik, kami hanya mengacah dengan tangan kosong, itupun mereka cuba mengelak.  Ketika beberapa anggota sukarelawan cedera parah tidak menunjukkan yang mereka sedang berada dalam kesakitan.  Malah, mereka masih tersenyum dan melambai gembira ke arah kami, salah seorang daripada mereka dikhabarkan telah meninggal dunia". 
Doktor perubatan dari Haluan Malaysia, Dr Arba'ai Shawal berkata masih jelas terbayang bau harum wangi umpama kasturi yang dihidu dari tiga jenazah sukarelawan Turki sebelum beliau melangkah keluar dari Mawi Marmara.  Sesungguhnya mereka telah berjuang demi agama.  Mereka tergolong dalam golongan mereka yang mati syahid..subhanallah..~

Thursday, June 3, 2010

52: ^ Daulat Tuanku!!!!^

~ "Tulah"..penah dengar tak perkataan tu? bagi yang penah belajar sastera zaman sekolah dulu mungkin dah senonim dengan perkataan tu.  "Tulah" dalam erti yang senang difahami adalah mendapat sumpah atau dilatnati oleh Raja atau Sultannya.
Dari cerita "tulah" ni la aku nak share sikit cerita ngan korang.  Tadi kakak aku ada bagitau yang budak kat tempat keja dia edit gambar Sultan Kedah tukarkan dengan gambar dia.  Lepas tu ada orang tegur budak tu " budak ni nak cirit birit kot buat macam ni..." esoknya jadi betul kat budak tu.  seminggu tak baik-baik.Lepas dia delete gambar tu terus demam sampai sekarang tak kebah.  Ada sorang lagi mamber dia bagitau yang ada sorang budak Kedah pergi belajar di Kelantan, dalam bilik dia gantung gambar Sultan Kedah sekali dengan gambar-gambar dia yang lain di hujung kepala katilnya.  Lepas tu roomate dia tegur  "kau ni dah la datang tempat orang tak payah la gantung gambar Sultan kau tu" lepas dia cakap macam tu frame gambar tu jatuh atas kepala roomate dia tu sampai berdarah.. Antara percaya atau tidak terpulang pada diri individu itu sendiri. Sememangnya seseorang Sultan itu ada daulatnya...~~~~  



Monday, May 31, 2010

51: ^konvoi ke Gaza diserang!!!^

JERUSALEM: Sekurang-kurangnya 10 maut apabila askar Israel menyerang bot yang membawa aktivis pro-Palestin dalam perjalanan ke Gaza.
Saluran 10 Television persendirian Israel yang dipetik oleh agensi berita AFP melaporkan, pasukan komando marina Israel mula melepaskan tembakan selepas dikatakan diserang dengan kapak dan pisau oleh penumpang bot keselamatan itu.

Bagaimanapun stesen itu tidak memberitahu jumlah sebenar kematian dan sama ada mangsa itu adalah penumpang bot atau tentera Israel.

Radio tentera Israel pula melaporkan, antara 10 hingga 14 orang terbunuh dalam pertempuran yang berlaku kononnya selepas cubaan penumpang bot terbabit merampas senjata milik komando tentera laut yang cuba menahan mereka.

Tidak jelas sama ada pertempuan itu hanya membabitkan sebuah bot saja ataupun enam konvoi bot yang membawa misi bantuan, dan pihak Israel tidak mahu mengulas lanjut mengenai kejadian itu.

Tentera Israel juga mengeluarkan arahan yang menghalang sebarang maklumat keluar berhubung kematian atau kecederaan akibat kejadian itu. - AFP 

~sumber : Metro 



PETALING JAYA: Tindakan kejam dan biadab tentera marin Israel yang menyerang kapal Mavi Marmala kira-kira jam 7.30 pagi tadi (waktu Malaysia) ketika kapal tersebut dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan di Gaza setakat ini telah mengorbankan 15 sukarelawan dan 30 lain cedera.
Belum dapat dipastikan nasib 11 rakyat Malaysia yang turut serta dalam konvoi laut berkenaan.
Difahamkan tentera rejim Yahudi telah menguasai bilik media menyebabkan hubungan dengan kapal-kapal terbabit putus.
Pengarah Palestine Center of Excellence (PACE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor yang mengesahkan insiden tersebut kepada mStar Online berkata, bagaimanapun sehingga kini tiada maklumat sama ada sukarelawan Malaysia antara yang menjadi mangsa atau tidak.
"Seramai 12 sukarelawan Malaysia terlibat dalam misi ini, termasuk dua wartawan Astro Awani. Tapi kita masih belum mendapat maklumat sama ada mereka yang terkorban atau cedera itu melibatkan sukarelawan kita atau tidak," katanya di sini hari ini.
Dua warganegara Malaysia - wartawan, Ashwad Ismail dan jurukamera, Shamsul Kamal Latip dari Astro Awani - menaiki kapal Turki bernama Mavi Marmara yang diserbu komando Israel.
Pagi tadi, Mavi Marmala telah diserang oleh tentera Israel menggunakan peluru hidup dan semburan gas sebelum sempat rombongan tersebut memasuki perairan Gaza.
Konvoi Freedom Tortilla adalah konvoi kemanusiaan terbesar yang disertai oleh 50 buah negara termasuk Malaysia.
Rombongan kemanusiaan ini melibatkan lebih daripada 700 peserta dan kapal Mavi Marmala membawa seramai 540 orang penumpang.

~sumber : Utusan


Kapal misi Gaza diserang, nasib wartawan Malaysia belum diketahui



KUALA LUMPUR 31 Mei - Seorang wartawan dan seorang jurukamera
stesen televisyen Astro Awani dalam kapal Turki "Mavi Marmara", yang diserang tentera Israel pagi ini dalam misi bantuan ke Gaza, belum diketahui.
Seorang pegawai stesen televisyen itu berkata, mereka cuba menghubungi wartawan Ashwad Ismail, 25, dan jurukamera Shamsul Kamal Latip, 38, sejak 11 pagi tadi tetapi tidak berjaya.
"Kami sedang cuba mendapat maklumat mengenai keadaan mereka melalui pelbagai cara," katanya ketika dihubungi.
Kali terakhir kedua-duanya menghubungi stesen televisyen itu ialah pada 7.45 malam tadi ketika kapal itu sedang berada dekat Gaza manakala rakaman gambar kapal berkenaan diterima di sini awal pagi ini.
Enam lagi rakyat Malaysia yang berada dalam satu lagi kapal, "Rachel Corrie" yang juga dalam misi serupa, dilaporkan selamat.
Mereka terdiri tiga wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria serta wartawan Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin, kedua-dua dari TV3.
Menurut laporan Al-Jazeera, seramai 15 aktivis terbunuh dan ramai yang cedera apabila komando Israel menyerang kapal Turki itu yang mendahului beberapa kapal lain dalam misi menghantar 5,000 tan bahan binaan, bekalan sekolah dan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza.
Dalam satu SMS kepada PGPO, Shamsul berkata mereka berada 1,600 km dari Gaza.
"Rancangan sekarang ialah untuk meneruskan perjalanan dan berpatah balik jika ada amaran daripada tentera Israel," katanya. - 

~ Sumber : Bernama

16 maut komando Zionis serang kapal bantuan ke Palestin


BAITULMAQDIS 31 Mei – Jumlah korban serangan tentera laut Israel ke atas flotila bantuan kemanusiaan meningkat kepada 14 hingga 16 orang hari ini, selepas komando Zionis menaiki kapal-kapal bantuan menuju ke Genting Gaza, dengan tindak balas menentang daripada aktivis pro-Palestin.
Saluran televisyen Channel 10 di Israel melaporkan, enam buah kapal dalam konvoi diketuai sebuah kapal Turki dengan 600 aktivis itu belayar ke Gaza melalui perairan antarabangsa Cyprus semalam.

~sumber : – Reuters


~Imej video yang dikeluarkan kumpulan bantuan kemanusiaan Turki, IHH hari ini yang menunjukkan tentera Israel di atas bot peronda mereka di kawasan perairan antarabangsa dekat pesisiran pantai Gaza sedang mengepung kapal bantuan Turki. Komando rejim Yahudi menyerang enam kapal yang membawa ratusan sukarelawan pro-Palestin dalam misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang membunuh sekurang-kurangnya 10 aktivis. - Foto AP~

50: ^oh si mulut murai^

~ Semalam kat rumah dapat tetamu jauh dari KL.  Saudaraku "Kak Lini"dengan suami serta anak-anaknya singgah kejap kat rumah aku sebelum diaorang pergi check in kat Seaview Hotel.  Last jumpa ngan dia time dia kahwin dulu.  Sekarang dah ada dua orang anak.  Betapa lamanya tak jumpa..huhu.  Kunjungan diaorang memang mengamatkan rumah ni. Mahu taknya celoteh anak sulungnya si Batrisya Nur Iman yang mulut bak murai tercabut bulunya..Baru kenal tak sampai sejam dah mula ramah mulutnya.  Yang bestnya macam-macam soalan yang disoalnya.  Sekali dengar petah dia bertutur macam tak percaya je yang umur baru tiga tahun.  Yang tak boleh tahan kelakarnya, ibu dia cerita ada la satu hari tu..dengan muka slumber jer dia boleh cakap kat ibu dia 
" ibu.. kakak iman dah basuh handphone ibu..banyak habuk."
terkejut berok la ibunya..terus pegi masuk dalam toilet pegi check betul ke tak yang si Iman ni "basuh" hp dia..berangin la ibunya tu tengok hp dia basah..pas tu kena sebat la si Iman tu..dalam tengah nangis dia boleh la plak cakap
"sori la ibu..ampun-ampun..nanti kalau kakak dah "work" kakak ganti balik hp ibu"
keras perut kitaorang gelakkan telatah dia..~




Saturday, May 29, 2010

49: ^lelaki VS perempuan^


~Di dunia ni Allah ciptakan manusia berpasang-pasangan.  Tidak kira sama ada manusia, binatang mahupun tumbun-tumbuhan.  Setiap yang berpasangan tu ada lain-lain sifatnya sama ada pro dan kontranya.  Kalau korang yang bercinta atau yang dah berumahtangga  pasti dapat menilai sendiri sifat pasangannya.  Kalau seorang jadi api sorang lagi mesti jadi air.Kalu dua-dua api..hancusss la jawabnya..  Namun setiap manusia tidak sama sifatnya terutamanya diantara lelaki dan perempuan.  Tapi yang pastinya kita saling memerlukan diantara satu sama lain untuk menjadi pelengkap hidup.~
Jom kita lihat perbezaan sifat antara lelaki dan perempuan dalam melakukan sesuatu perkara:~

(L)Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain 
dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org 
yg dicintainya.

(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.

(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku 
didepan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama 
manusia terutamanya org yg disayangi.
 
(L) Suka menyendiri dan menjauhkan diri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan 
mendapat simpati.
 
 (L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.
 
(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.
 
(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat.
 
 (L) Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.
 
 (L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P) Fokus kepada sesuatu perkara.
 
(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu. 
 
(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.
 
(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.
 
(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan

(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku 
pertengkaran.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.
 
(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya 
(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya
 
(L) Agak keberatan meminta maaf 
(P) Lebih mudah meminta maaf

(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P) Risau apabila menghadapi kesukaran
 
(L) Suka MEMBUAT keputusan
(P) Suka MENGIKUT keputusan

(L) Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(P) Suka bersama keluarga

(L) Berfikir jangka panjang dalam pelbagai perkara, penyelesaian untuk kebaikan 
jangka panjang
(P) Berfikir cara pendek yang lebih hanya untuk selesaikan sesuatu cara dengan 
cepat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...