Thursday, October 28, 2010

60: ^ dayini dah besar^

~ nur dayini afza~
anak buah baru yang telah menjangkau 3 bulan..
pejam celik dah masuk 3 bulan
 sekali tengok gelagatnya yang lasak memang tak pecaya umor baru masuk 3 bulan..
dah boleh naik walker..
dah boleh duduk..
meniarap 2 bulan dah boleh pusing badan..
ni la anak buahku yang paling " advance"





ada stail la dik..hehe


p/s dari umi lang :- jadi budak yang baik yer..umi lang sayang dayini..

Saturday, October 16, 2010

59: ^ trip to hatnyai n songkla^

~ last month aku dengan famali trip kat negara jiran..
enjoy sangat kat sana..
baru aku tahu yang orang Malaysia ni suka sangat pegi sana..
time sampai kat songkla majoriti orang Malaysia kat situ..
bersusun kereta ngan bas Malaysia
skali rasa macam kat Malaysia ja..huhu~


~ time tengah tunjuk bakat mewarna~




~ ni pesta "Lai Kratong"~

Sunday, September 26, 2010

58: ^ new team^

~ ai..dah lama benor rasanya tak update entry ni..
mahu tidaknya sibuk betul dengan kerja..
penat sangat sampai tak sempat nak online..
dah tu line streamyx pula xok..wat hal plak..lagi la malas jadinya..

~ dalam join tempat kerja baru yang hanya sementara dapat la team happening yang boleh buat pening sekali..hehe..
best sangat dengan diaorang..
actually..kitaorang..
tak penah kenal langsung..
tapi sekali bergurau macam dah kenal bertahun- tahun jer..
habis kerja tak da duit pun boleh lagi hang out skali..
sorang pokai yang lain back-up..
tu la yang boleh dikatakan kawan kan..
susah senang bersama..

~ bulan puasa tahun ni la paling kurang berbuka puasa kat rumah..
ada ja plan nak berbuka kat luar..
ada ja yang nak belanja..
ada jer yang nak open table..
best kan diaorang..

~ harap-harap lepas ni kitaorg still contact dan still lepak sekali~









p/s :~ belum terlambat nak wish " selamat hari raya maaf zahir & batin"

Friday, June 11, 2010

57: ^ apa hang nak lagi ha????^


~ bengangnya aku hari ni..dah la asyik dapat call dari mamat sorang ni dari semalam lagi..non stop plak tu..apa yang dia nak pun tak tau la..dah bertunang tu buat la cara dah tunang..ni asyik mesej & call aku jer..macam aku pula tunang dia..
bengang aku lagi bertambah tengahari tadi ada mesej yang tak diundang dalam inboxku..
its over k..
tak paham-paham lagi..
gila talak ker aper..
dia yang buat hal dulu pas tu nak kacau orang lg..ish....geram eh..
yang duk kacau orang lagi buat per ntah..
semak jer..adoiyai..

nak kena nyanyi lagu "bengang" akim kot~~lalala~

56: ^ fishing trip^

~petang kelmarin aku, adikku & ayahku, kitaorang pergi mancing kat laut naik bot ayah..best giler..kat bawah gambar-gambar yang sempat sisnap~

 ~hasilnya~


Tuesday, June 8, 2010

55 : ^ nasi kangkang..dongeng atau realiti??^

~sebenarnya aku terpanggil untuk tulis pasal entry ni sebab aku ada kena mengena apa yang telah terjadi dengan keluargaku sendiri..antara percaya atau tidak nauzubillah..

nasi kangkang @ nasi tangas adalah amalan khurafat yang segelintirnya dilakukan oleh masyarakat melayu sendiri.  Pengamal amalan ini seperti tidak takut akan balasan Allah terhadapnya.  Akibat hasutan syaitan telah mendorong mereka berani untuk membelakangkan kekuasaan Allah dan mempercayai akan kuasa syaitan.  Walaupun ISlam telah melarang perbuatan terkutuk ini namun, masih ada lagi segelintir mereka yang masih percaya dan mengamalkan amalan terkutuk ni kerana mereka mempercayai keanihan dan keajaibannya yang dikatakan mujarab. Amalan ini dikatakan berjaya menundukkan suami @ sesiapa sahaja mereka suka..Betul ker??..nampak sangat mereka tidak percayakan akan kekuasaan Allah sehingga sanggup membelakangkan Allah S.W.T.. menidakkan ketentuan Ilahi akan jodoh, ajal maut telah ditentukan..

Penghasilan nasi kangkang sama seperti namanya agak menjijikkan kerana wanita berkenaan perlu berada pada keadaan haid @ datang bulan. Wanita berkenaan dikatakan perlu duduk mencangkung di atas nasi yang masih panas untuk selama lebih kurang 10 hingga 15 minit sehingga mengalir air yang berwap daripada tubuhnya ke dalam nasi berkenaan dan selalunya amalan ini perlu dilakukan beberapa kali untuk lebih mujarab.

Bagaimanapun sebelum melakukan `kerja berkenaan' pengamal akan dinasihatkan wanita itu terlebih dulu untuk melakukan segala ikhtiar termasuk bersabar dengan kerenah suami sebelum mengamalkan nasi kangkang kerana tahu ia bukanlah cara terbaik `menundukkan suami, lantaran ia mungkin menyebabkan kesan sebaliknya seperti suami menjadi bodoh atau tidak betul.
Perkara yang dibantu oleh syaitan seperti ini selalunya menjadi, khususnya membabitkan pasangan yang masing-masing cetek ilmu pengetahuan agamanya. Walaupun dalam beberapa kes ada suami yang menjadi bodoh akibat makan benda yang kotor, namun itulah yang isteri inginkan iaitu suami yang mengikut segala telunjuknya.

Namun juga tidak menafikan kesan sihir yang dilakukan bomoh boleh mendatangkan kesan sebaliknya seperti suami membenci isterinya dan mungkin ia dikaitkan dengan melanggar pantang larang oleh wanita berkenaan seperti larangan makan makanan tertentu dan sebagainya.

` antara percaya atau tidak akan keberkesanan panahan "nasi kangkang" ini hanya mereka yang pernah mngamalkannya ja yang tahu. Namun, apa yang telah terjadi terhadap rumahtangga atuk dan abangku sendiri telah mendorong aku menulis entry ini.  

abangku :~bukannya isterinya yang buat..tapi seorang perempuan yang hanya ingin menguasainya dan memilikinya. sehinggakan abangku sanggup membelakangkan keluarganya sendiri dan isteri serta anaknya. (sekarang dalam proses perceraian dengan kakak iparku)

atukku :~nenek tiriku telah berjasa menguasainya..kerana inigi menguasai semua harta atukku kerana sebelum dia berkahwin dengan datukku mereka hidup dalam kedaifan.  Perbuatannya membuatkan atukku sehingga seperti "lembu yang dicucuk hidungnya".  Sudah tidak tahu baik buruknya seperti "orang bodoh"


Kalau kita menjadi was was terhadap pasangan kita sama ada dibomohkan secara senyap dan sebagainya, yakinkan saja tidak ada apa yang mampu memberi kesan kepada manusia dalam dunia sekarang kecuali dengan pertolongan Allah. Hanya dengan kekuatan diri dan percaya kepada Tuhan, kita mampu mengatasinya. Sebagai manusia saya juga mengharapkan kita jangan terlalu menggambarkan benda itu sampai berlebihan, sebaliknya lebih rasional dalam sebarang perkara.

Hingga ke hari ini belum pernah ada satu garis panduan terhadap amalan ini dilakukan, mungkin kerana tiada bukti yang dapat menerangkan kesannya menjadikan ia bukanlah satu topik yang mendapat perhatian sewajarnya, dan yang pasti ia tidak dapat dibuktikan dengan sains dan teknologi menjadikan ia berlalu begitu saja atau bergerak perlahan tanpa diendahkan.
 
oleh itu sebagai umat Islam jangan sesekali menidakkan kekuasaan Allah dan mempercayai amalan khurafat semua ini kerana besar dosanya dan dilatnati oleh Allah S.W.T~

Sunday, June 6, 2010

54: ^ ciuman maut^



~ha..kenapa maut?..korang tahu tak yang ciuman seorang perokok boleh membawa maut kepad kanak-kanak.  Prof. Robert Booy (pengarah penyelidikan kebangsaan di The Children's Hospital Sydney) berkata seorang perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria yang berbahaya pada kerongkong mereka.  Bakteria tersebut boleh menyebabkan kematian ini akan berpindah kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium.  Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus.  Pelukan dan ciuman pada kanak-kanak boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun perokok itu merokok di luar rumah.  Hal ini kerana kanak-kanak mempunyai sistem imunisasi yang lemah, ini mendorong mereka mengidap meningitis dan boleh membawa maut.
***oleh itu bagi perokok-perokok kat luar tu renung-renungkanlah dan selamat beramal (^_^)~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...