Tuesday, April 26, 2011

85: ^ saya pun rindu kamu semua^

~ last weekend buat video call dengan my sis sebab rindu sangat dekat budak kecik tu..
punya la teruja nak tengok si kecik tu dah tumbuh gigi lupa pula ada yang terasa..
rupanya kakak si kecik terkecil hatinya sebab umi lang dia sibuk nak cakap dengan adik dia jer..
sampai dia cakap " umi lang 3g cakap ngan dayini ja..kakak rindu umi lang tapi umi lang tak rindu kakak pun..pas ni kakak tak mau rindu umi lang dah la"..
aloooooo..
sedihnya bunyi..
umi lang rindu kakak juga..
rindu amiera afini
rindu diniy afrina
rindu dayini afza
rindu umi chu..
rindu tokwan
rindu tok..
rinduuuuuuuu semuanya..(^_^)

* pic from enchek google

Friday, April 8, 2011

79 : ^penomena baru melanda di seluruh Malaysia^

~ panahan usop wilcha amat memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia..
mahu tidaknya dari budak kecik sampai yang tua meniru gaya cakap dan gaya tangannya..
baru-baru ni team bola sepak mengangkat tangan stail usop..
mambe satu tempat kerja pun sama..
sampai hari-hari di buat benda yang sama..
pecah perut dibuatnya..
syed asri @ usop wilcha fenomena yang anda bawa memang dasyat..hehe~


usop wilcha


pemain bola sepak Perak pun


datuk siti pun..


cara angkat tangan dalam HKLBR


dalam anugerah bintang popular

p/s:~ kalau saper setuju angkat tangan macam awok yer...;-)

Thursday, April 7, 2011

78: ^ penoreh generasi baru~

~ isnin lepas macam biasa turun field..
hari tu kitaorang semua diberi peluang oleh tuan tanah merangkap tuan kebun untuk tunjuk skill menoreh..
walaupun 1st time pegang pisau noreh tapi kami semua dapat buat dengan baik..
1st toreh..toreh kulit dalam..(jahanam pokok tu walaupun susu getah keluar tapi boleh rosak pokoknya..huhu)
2nd toreh...dah semakin baik..
3rd toreh..macam pro..haha

p/s:~ lepas ni boleh turun noreh dah ni..haha

nak share gambar dengan semua..(^_^)


baru mula


dah tinggal separuh


hasil lepas rosakkan pokok getah..huhu

77: ^ telur tiruan^



~ awas dengan telur tiruan..siapa sangka sampai telur pun ada juga tiruannya..telur tiruan ini boleh memudaratkan kesihatan kita semua..berwaspadalah...

SM Mohamed Idris   

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.

Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.

Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.

Cara mengenal telur tiruan:
Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan  makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.

SM Mohamed Idris,
Presiden CAP.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...