Monday, May 31, 2010

51: ^konvoi ke Gaza diserang!!!^

JERUSALEM: Sekurang-kurangnya 10 maut apabila askar Israel menyerang bot yang membawa aktivis pro-Palestin dalam perjalanan ke Gaza.
Saluran 10 Television persendirian Israel yang dipetik oleh agensi berita AFP melaporkan, pasukan komando marina Israel mula melepaskan tembakan selepas dikatakan diserang dengan kapak dan pisau oleh penumpang bot keselamatan itu.

Bagaimanapun stesen itu tidak memberitahu jumlah sebenar kematian dan sama ada mangsa itu adalah penumpang bot atau tentera Israel.

Radio tentera Israel pula melaporkan, antara 10 hingga 14 orang terbunuh dalam pertempuran yang berlaku kononnya selepas cubaan penumpang bot terbabit merampas senjata milik komando tentera laut yang cuba menahan mereka.

Tidak jelas sama ada pertempuan itu hanya membabitkan sebuah bot saja ataupun enam konvoi bot yang membawa misi bantuan, dan pihak Israel tidak mahu mengulas lanjut mengenai kejadian itu.

Tentera Israel juga mengeluarkan arahan yang menghalang sebarang maklumat keluar berhubung kematian atau kecederaan akibat kejadian itu. - AFP 

~sumber : Metro 



PETALING JAYA: Tindakan kejam dan biadab tentera marin Israel yang menyerang kapal Mavi Marmala kira-kira jam 7.30 pagi tadi (waktu Malaysia) ketika kapal tersebut dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan di Gaza setakat ini telah mengorbankan 15 sukarelawan dan 30 lain cedera.
Belum dapat dipastikan nasib 11 rakyat Malaysia yang turut serta dalam konvoi laut berkenaan.
Difahamkan tentera rejim Yahudi telah menguasai bilik media menyebabkan hubungan dengan kapal-kapal terbabit putus.
Pengarah Palestine Center of Excellence (PACE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor yang mengesahkan insiden tersebut kepada mStar Online berkata, bagaimanapun sehingga kini tiada maklumat sama ada sukarelawan Malaysia antara yang menjadi mangsa atau tidak.
"Seramai 12 sukarelawan Malaysia terlibat dalam misi ini, termasuk dua wartawan Astro Awani. Tapi kita masih belum mendapat maklumat sama ada mereka yang terkorban atau cedera itu melibatkan sukarelawan kita atau tidak," katanya di sini hari ini.
Dua warganegara Malaysia - wartawan, Ashwad Ismail dan jurukamera, Shamsul Kamal Latip dari Astro Awani - menaiki kapal Turki bernama Mavi Marmara yang diserbu komando Israel.
Pagi tadi, Mavi Marmala telah diserang oleh tentera Israel menggunakan peluru hidup dan semburan gas sebelum sempat rombongan tersebut memasuki perairan Gaza.
Konvoi Freedom Tortilla adalah konvoi kemanusiaan terbesar yang disertai oleh 50 buah negara termasuk Malaysia.
Rombongan kemanusiaan ini melibatkan lebih daripada 700 peserta dan kapal Mavi Marmala membawa seramai 540 orang penumpang.

~sumber : Utusan


Kapal misi Gaza diserang, nasib wartawan Malaysia belum diketahui



KUALA LUMPUR 31 Mei - Seorang wartawan dan seorang jurukamera
stesen televisyen Astro Awani dalam kapal Turki "Mavi Marmara", yang diserang tentera Israel pagi ini dalam misi bantuan ke Gaza, belum diketahui.
Seorang pegawai stesen televisyen itu berkata, mereka cuba menghubungi wartawan Ashwad Ismail, 25, dan jurukamera Shamsul Kamal Latip, 38, sejak 11 pagi tadi tetapi tidak berjaya.
"Kami sedang cuba mendapat maklumat mengenai keadaan mereka melalui pelbagai cara," katanya ketika dihubungi.
Kali terakhir kedua-duanya menghubungi stesen televisyen itu ialah pada 7.45 malam tadi ketika kapal itu sedang berada dekat Gaza manakala rakaman gambar kapal berkenaan diterima di sini awal pagi ini.
Enam lagi rakyat Malaysia yang berada dalam satu lagi kapal, "Rachel Corrie" yang juga dalam misi serupa, dilaporkan selamat.
Mereka terdiri tiga wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria serta wartawan Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin, kedua-dua dari TV3.
Menurut laporan Al-Jazeera, seramai 15 aktivis terbunuh dan ramai yang cedera apabila komando Israel menyerang kapal Turki itu yang mendahului beberapa kapal lain dalam misi menghantar 5,000 tan bahan binaan, bekalan sekolah dan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza.
Dalam satu SMS kepada PGPO, Shamsul berkata mereka berada 1,600 km dari Gaza.
"Rancangan sekarang ialah untuk meneruskan perjalanan dan berpatah balik jika ada amaran daripada tentera Israel," katanya. - 

~ Sumber : Bernama

16 maut komando Zionis serang kapal bantuan ke Palestin


BAITULMAQDIS 31 Mei – Jumlah korban serangan tentera laut Israel ke atas flotila bantuan kemanusiaan meningkat kepada 14 hingga 16 orang hari ini, selepas komando Zionis menaiki kapal-kapal bantuan menuju ke Genting Gaza, dengan tindak balas menentang daripada aktivis pro-Palestin.
Saluran televisyen Channel 10 di Israel melaporkan, enam buah kapal dalam konvoi diketuai sebuah kapal Turki dengan 600 aktivis itu belayar ke Gaza melalui perairan antarabangsa Cyprus semalam.

~sumber : – Reuters


~Imej video yang dikeluarkan kumpulan bantuan kemanusiaan Turki, IHH hari ini yang menunjukkan tentera Israel di atas bot peronda mereka di kawasan perairan antarabangsa dekat pesisiran pantai Gaza sedang mengepung kapal bantuan Turki. Komando rejim Yahudi menyerang enam kapal yang membawa ratusan sukarelawan pro-Palestin dalam misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang membunuh sekurang-kurangnya 10 aktivis. - Foto AP~

50: ^oh si mulut murai^

~ Semalam kat rumah dapat tetamu jauh dari KL.  Saudaraku "Kak Lini"dengan suami serta anak-anaknya singgah kejap kat rumah aku sebelum diaorang pergi check in kat Seaview Hotel.  Last jumpa ngan dia time dia kahwin dulu.  Sekarang dah ada dua orang anak.  Betapa lamanya tak jumpa..huhu.  Kunjungan diaorang memang mengamatkan rumah ni. Mahu taknya celoteh anak sulungnya si Batrisya Nur Iman yang mulut bak murai tercabut bulunya..Baru kenal tak sampai sejam dah mula ramah mulutnya.  Yang bestnya macam-macam soalan yang disoalnya.  Sekali dengar petah dia bertutur macam tak percaya je yang umur baru tiga tahun.  Yang tak boleh tahan kelakarnya, ibu dia cerita ada la satu hari tu..dengan muka slumber jer dia boleh cakap kat ibu dia 
" ibu.. kakak iman dah basuh handphone ibu..banyak habuk."
terkejut berok la ibunya..terus pegi masuk dalam toilet pegi check betul ke tak yang si Iman ni "basuh" hp dia..berangin la ibunya tu tengok hp dia basah..pas tu kena sebat la si Iman tu..dalam tengah nangis dia boleh la plak cakap
"sori la ibu..ampun-ampun..nanti kalau kakak dah "work" kakak ganti balik hp ibu"
keras perut kitaorang gelakkan telatah dia..~




Saturday, May 29, 2010

49: ^lelaki VS perempuan^


~Di dunia ni Allah ciptakan manusia berpasang-pasangan.  Tidak kira sama ada manusia, binatang mahupun tumbun-tumbuhan.  Setiap yang berpasangan tu ada lain-lain sifatnya sama ada pro dan kontranya.  Kalau korang yang bercinta atau yang dah berumahtangga  pasti dapat menilai sendiri sifat pasangannya.  Kalau seorang jadi api sorang lagi mesti jadi air.Kalu dua-dua api..hancusss la jawabnya..  Namun setiap manusia tidak sama sifatnya terutamanya diantara lelaki dan perempuan.  Tapi yang pastinya kita saling memerlukan diantara satu sama lain untuk menjadi pelengkap hidup.~
Jom kita lihat perbezaan sifat antara lelaki dan perempuan dalam melakukan sesuatu perkara:~

(L)Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain 
dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org 
yg dicintainya.

(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.

(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku 
didepan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama 
manusia terutamanya org yg disayangi.
 
(L) Suka menyendiri dan menjauhkan diri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan 
mendapat simpati.
 
 (L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.
 
(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.
 
(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat.
 
 (L) Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.
 
 (L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P) Fokus kepada sesuatu perkara.
 
(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu. 
 
(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.
 
(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.
 
(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan

(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku 
pertengkaran.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.
 
(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya 
(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya
 
(L) Agak keberatan meminta maaf 
(P) Lebih mudah meminta maaf

(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P) Risau apabila menghadapi kesukaran
 
(L) Suka MEMBUAT keputusan
(P) Suka MENGIKUT keputusan

(L) Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(P) Suka bersama keluarga

(L) Berfikir jangka panjang dalam pelbagai perkara, penyelesaian untuk kebaikan 
jangka panjang
(P) Berfikir cara pendek yang lebih hanya untuk selesaikan sesuatu cara dengan 
cepat

Friday, May 28, 2010

48: ^kenapa air laut tu masin ha???^

 
~penah tak kita terfikir kenapa la air laut tu masin? sebab apa masin? sedangkan muara sungai akan mengalirkan air sungai masuk ke dalam air laut. sedangkan air sungai tu air tawar..  ha??terpikir tak?(jangan jawab semua tu kuasa Allah..itu memang tak dinafikan lagi la. Allah kurnakan manusia otak dan akal fikiran untuk berfikir tentang kejadian semua ini)
mari kita kongsi info ni:~
Air laut diklasifikasikan sebagai pepejal larut dalam cecair yang sangat lemah. Kebanyakan garam dalam laut wujud akibat proses pemecahan batu-batu igneus yang disebabkan oleh cuaca dan hakisan. Bahan-bahan mineral ini akan dibawa ke laut apabila hujan turun. Terdapat juga garam secara semulajadi di lantai laut akibat proses pereputan. Sumber-sumber lain adalah daripada sisa-sisa letupan gunung berapi.
Sungai Mississipi, Amazon dan Yukon akan mengalir ke Teluk Mexico, lautan Atlantik dan Pasifik yang dipercayai mempunyai tahap kemasinan yang tinggi. Kenapa air laut tidak seperti air sungai? Tahap kemasinan laut adalah disebabkan beberapa pengaruh dan proses.
Pada permulaannya laut tidaklah begitu masin tetapi apabila hujan pertama melanda dunia lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu menyebabkan proses pemecahan batu-batan. Kemudian batu-batan ini terus diangkut ke sungai dan laut oleh aliran hujan dan menyebabkan tahap kemasinan air laut bertambah. Sungai yang mengalir dari Amerika Syarikat dipercayai membawa bahan-bahan pelarut sebanyak 225 juta tan ke dalam laut. Kiraan terbaru juga menunjukkan kira-kira enam tan dari Australia dan 120 tan dari Eropah yang mengalirkan bahan pelarut.
Ini bermakna sungai akan membawa empat bilion tan garam pelarut ke dalam laut. Laut juga menerima jumlah garam pelarut yang sama daripada proses-proses semulajadi yang berlaku di dasarnya. Laut mengalami kekurangan bahan-bahan mineral. Tetapi laut akan sentiasa menerima bilangan input dan output secara seimbang. 

*sumber:~ google

Thursday, May 27, 2010

47: ^alhamdulillah..selesai satu hutang^

~sebagai seorang perempuan, jarang sekali dapat kelebihan dapat puasa sepenuhnya sebulan.  Kalau penuh sebulan tu alhamdulillah la.  Tak payah nak pikir kena ganti balik.  Hari ini aku dah berjaya melangsaikan hutangku tu.  Senang hati rasanya.  Dah tak payah nak pikir-pikir lagi hal tu.  Hari ni jadi orang yang pendiam je sepanjang hari.  Mau taknya nak elak daripada kurang pahala (keh3 (*_^)). Dah sorang jer yang puasa dalam rumah.  Orang tu jadi macam tuan puteri la..haha..mana taknya sebut jer menu per nak bebuka..Konfem akan ada punya atas meja nanti.  Bestkan..;-).  Tapi hari ni nafsu makan tak kuat sangat.  Just makan ala kadar jer.. (ala kadar ke?kuikui).  Apa-apa pun aku dah berjaya melunaskan yang tahun lepas punya..beres......(mood happy)

kurma (ambik berkat)
+
Koey Teow Goreng
+
Yong Tau Fu
+
Tea Ais

Wednesday, May 26, 2010

46: ^sihir??ada lagi ke?^

~ petang tadi lepak kejap kat kedai mamber.  Dalam tengah "syok" dok borak-borak pasal kawan-kawan yang dah kawin, tiba-tiba ja mamber terbuka cerita yang ada la sorang mamber kitaorang ni baru jer nek pelamin dalam sebulan yang lepas tapi ada orang buat khianat kat dia.  Dengar khabarnya jirannya sendiri, sebab cinta tak berbalas.  sebelum ni asyik dengar & tengok dalam TV jer. Kesian kat dia perut dia jadi besar macam orang mengandung.  Doktor check xde pape pun dalam perut dia.  Kadang-kadang perut dia jadi mengeras macam nangka masak.  Nauzhubillah!!! kejamnya.  Dia baru jer nak rasa kebahagiaan hidup berumahtangga tapi dah jadi macam tu plak.  Apa-apa pun semoga Allah melindunginya dan memberi kesembuhan pada dirinya supaya baik dan sihat seperti sedia kala...amin..~

ni tanda-tanda anda ada kemungkinan terkena sihir,diserang penyakit bersifat non medic atau berpenyakit misteri:-

i) Malas untuk melakukan rutin seharian / amal ibadat / pekerjaan.
Tiba-tiba anda malas melakukan kerja seharian yang anda biasa lakukan seperti malas ke pejabat, hilang minat untuk bekerja, malas untuk beribadat (seperti sembahyang, zikir, membaca al Quran). Hilang semangat ini juga adalah untuk aktiviti seks dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga / saudara terdekat.
ii) Tidak mampu untuk mengawal diri anda sendiri.
Anda tidak berkemampuan untuk mengawal diri anda, hilang kawalan dengan tiba-tiba (yang menyebabkan anda pengsan, histeria, mudah marah, tension, tertekan, stress dengan tiba-tiba tanpa mampu anda mengawalnya.
iii) Sentiasa alami gangguan semasa / sebelum tidur.
Sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa / sebelum tidur. Alami mimpi yang aneh / menakutkan, sering tersedar dengan tiba-tiba semasa tidur, terasa di tindih semasa tidur, gangguan fikiran sebelum tidur.
iv) Dada / Jantung sentiasa berdebar-debar
Alami penyakit dada / jantung berdebar dengan tiba-tiba (anda tidak tahu penyebabnya dan tidak boleh dikawal)
v) Hilang selera makan
Gangguan selera makan dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak.
vi) Masalah hubungan suami – isteri
Hubungan yang baik suami – isteri, tiba-tiba bermasalah. Rindu dengan suami / isteri bila berjauhan tetapi akan benci / sering bergaduh bila berjumpa / dirumah. Sentiasa bergaduh walau tiada sebab yang besar.
vii) Suka Bersendirian / Sedih
Anda sering berasa sedih, duduk bersendirian, resah gelisah tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, berfikir untuk mati (membunuh diri), rasa seperti tidak berguna.
viii) Kesan lebam pada tubuh
Terdapat kesan lebam tanpa tahu puncanya. Kesan lebam ini terutamanya disekitar tangan, betis, lengan dan peha.
ix) Berasa tidak tenteram dirumah
Rasa seram, takut, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumah.
x) Ternampak / terdengar sesuatu yang pelik
Sering ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga untuk melakukan perkara pelik seperti mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya meghasut untuk kearah perkara yang bersifat jahat, halusinasani dan sebagainya.
xi) Melihat / bermimpi binatang.
Melihat binatang berbisa seperti ular, kala jengking di dalam rumah. Bermimpi melihat binatang berbisa (ular, kala jengking), kucing, anjing. Bermimpi tentang kemalangan, darah, kematian yang pelik-pelik.
xii) Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba.
Perniagaan yang berjalan baik tiba-tiba terganggu. Jualan menurun dengan mendadak, pelanggan susah untuk datang ke kedai, kakitangan sentiasa bermasalah.
xiii) Terhidu bau pelik
Terhidu bau seperti darah, kemenyan, bau wangi tanpa diketahui puncanya.

*jika anda ada tanda-tanda ni berwspadala...

45: ^nak beli apa ek?^



~ kalau dah mula cuti sekolah tu maka bersusun la kat jemputan kahwin kat rumah ni.  Sehari sampai dua tiga buah rumah yang buat kenduri.  Kalau musim kenduri ni dapur kat rumah dah tak berasap la jawabnya asyik makan nasi kenduri jer.  Salah seorang kawan aku pun akan menamatkan zaman bujangnya 7hb June nanti.  Aku disuruh menjadi pengapitnya.  wah!!! pengapit gitu..Dah nama pun kawan kahwin kan kena la beli hadiah untuk diaorang.  Tengah terpikir-pikir hadiah apa la yang nak diberi.  Kalau nak bagi pinggan mangkuk slalu sangat dah (maklumlah set pinggan mangkuk kat Langkawi ni murah),  nak bagi botol susu awal lagi kot..haha..otak oh otak berputar la engkau.  Bagi la idea yang bernas-bernas sikit ni.  Kalau boleh nak bagi hadiah yang dia akan ingat aku sampai bila-bila yang hadiah tu aku yang kasi..~


Tuesday, May 25, 2010

44: ^apa dosa mereka?^

~hari ini masih ada lagi berita tentang pembuangan bayi.  Apa dah jadi dengan masyarakat kita sekarang ni? Dah tak ada hati perut ke?  Sanggup membunuh dan buang anak sendiri hanya kerana ingin menutup aib sendiri?  Bayi adalah makhluk bernyawa bukannya boneka yang boleh diambil dan dibuang sesuka hati.  Sedangkan binatang pun sayangkan anaknya sehinggakan sanggup mengonggong kehulu dan kehilir sedangkan kita manusia yang dianugerahkan oleh Allah akal fikiran dan perasaan tega berbuat sedemikian rupa.  Dunia sekarang dah menjadi seaakan-akan masyarakat jahiliah malah lebih teruk daripada mereka.  Sesungguhnya anak itu tidak berdosa dan tidak seharusnya menjadi mangsa akibat dosa dan kesilapan orang tuanya.



*sumber dari google

Monday, May 24, 2010

43: ^good luck my best friend^


~ Sharifah Norezzlinda Syed Badarol Husani @ Leen seorang insan yang ku kenali sejak di tingkatan dua.  Kami sangat akrab sehingga tiada rahsia diantara kami sampai sekarang.  Keakraban kami sehingga terjalinnya dua buah keluarga apabila mak dan ayahnya ku memanggil dengan panggilan  "mama" dan "walid".  Walaupun masa dan tanggungjawab memisahkan kami berdua, namun keakraban kami tiada siapa boleh menangkisnya.  Lusa Leen akan menghadiri temuduga di KL.  Aku selaku teman karibnya sentiasa memberi semangat kepadanya supaya sentiasa membuat pilihan yang terbaik untuk dirinya.
"Leen, furah doakan semoga berjaya dalam temuduga nanti.  Diharap ini adalah salah satu peluang Leen membina kerjaya Leen yang sebenarnya"

 

Sunday, May 23, 2010

42: ^kenapa aku??^

~ Aku mengenalinya setahun lepas.  Kenal atas dasar rakan sekerja. Kami memang rapat sampai sekarang.  Sampai masalah cintanya juga akulah tempat mengadu lebih kurang macam "Doctor Love",hehe.  Dalam perkataan yang mudah " semua rahsianya dalam poketkulah".  Dia sudahku anggap seperti adikku sendiri.  Namun, disebalik keakraban aku dan dia, kadang-kadang aku rasa diriku seperti dipijak-pijak. Mahu tidaknya sampai boleh dikatakan selalu jugalah aku disuruh mengisikan kredit telefonnya?sedangkan keluargaku sendiri pun tidakku buat sedemian rupa.  Petang tadi aku dapat mesej darinya " kak furah, jap lagi siti* nak keluar, tapi siti* cakap kat mak nak keluar dengan kak furah".  Aduh! tak pasal-pasal nama aku juga yang terlibat.  Erm..Oleh sebab maknya sudah percayakan sangat dengan aku sampai dia menggunakan nama aku "untuk kepentingan dirinya sendiri".  Berdosakah aku turut terlibat dalam"sendiket" ini?.  Haruskah aku berkata tidak untuk semua ini?
sesungguhnya aku tidak mahu perosak segala-galanya. YaAllah ampunlah hambaMu ini.  


~siti* bukan nama sebenar~


Tuesday, May 18, 2010

41: ^dah lepas satu level^

~ petang semalam aku dapat call dari jabatan perangkaan suruh datang wat exam hari ni pukul 9.00 pagi..
jam 8.50..aku dah terpacak depan pintu pejabat..
tengok kat luar ada la 3 4 orang jer..
fuh!!selamat..sikit jer orang yang dapat..
mesti ada "chan" ni nak dapat..
masuk jer dalam office..
kat ruangan menunggu tu..
alamak!!
ramai gak ni..
adoiyai..
camner ni..
tawakal jer la..
tapi tak per..
kalau ada rezeki..dapat la interview..
dah masuk dalam bilik exam tu..
ada lagi orang yang datang..
lagi la risau..
tapi xper..tepat jam 9.35 pagi
20 soalan diberi..masa 10 minit ja..
adoi..dah la tanya soalan yang aku tak xpact nak masok..
tawakal jer la..
kalau ada rezeki petang ni diaorang akan telefon..
petang tu dalam tengah kusyuk layan chita jepun kat ABO tu..
kawan aku yang keja kat perangkaan call..
"furah..esok macam biasa k mai pukul 9.."
alhamdulillah..
lepas gak la aku..
esok...tunggu pula next stage for interview..
to be continue...~

Friday, May 14, 2010

40: ^ neW bOrn^

~comel sungguh bila ditatap bayi yang baru lahir...
petang tadi rombongan "Che Kiah" telah menyerbu rumah syah..
semangat nak tengok orang baru la katakan..
-------------------------------------
sudah rezeki katakan..
rumah baru..
ada baby baru...
bestkan macam tu..
----------------------------
nur nabila huda..
insan comel milik shah & jeff..
putih kemerahan..
tersentuh naluri keibuan ajap kali menatap wajahnya...
tapi sayang abahnya sempat bersamanya hanya untuk dua hari..
shah ditinggalkan di Malaysia
jeff terpaksa berangkat ke Italy atas desakan kerja..
hanya "web cam" pengubat rindu..tahun hadapan bersua kembali..
kuatkan semangatmu syah..~ 



39: ^kabel oh kabel^


~pagi tadi aku dapat msg dari bekas rakan sekerjaku dulu..dia bgtau dia baru balik dari ppd sp..dia bagitau ketua ppd kat situ cakap kalau nk masuk bidang ni kena ada "kabel" kalau tak jangan harap nak dapat..
ha!!!
adil ka idup ni..
kalau orang yang xda "kabel tu macam mana?
xdapat la nak merasa keje tu..
wajarkah ia berlaku?
atau ini hanyalah satu helah dunia semata-mata?
tidak adil sungguh rasanya..~

38: ^dEritA meRindu^

 

  ~Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan
Kau yang tak percaya… bagaimana nak bahagia
Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..
Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu~

Sunday, May 9, 2010

37: ^hAPPy m0thEr's dAy^

~Ummi yaa lahnan a'syaqohu
wanasyidan dauman ansyuduhu
Fikulli makanin adzkuruhu
wa-azhollu azhollu uroddiduhu
Ummi yaa ruuhi wa-hayati
yaa bahjata nafsi wamunaati
Unsi filhadhiri wal-ati...
Allohu ta'aala aushoni
fissirri walau fil i'laani
Bilbirri laki wal-ihsaani...
Ismuki manquusyun fi qolbi
Hubbuki yahdini fi darbi
wadu'a-i yahfazhuki robbiy... ~
* buat semua yang bergelar mak, ibu, ummi, mama, mummy dan seangkatan dengannya..aku mewakili anak2 seluruh dunia mengucapkan selamat hari ibu..
jasamu sentiasa dikandung badan hingga akhir hayat..I LOVE U mak!!!




Tuesday, May 4, 2010

36: ^yanG TeriNdah^


~Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan..

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah..

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran..

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...