Friday, July 29, 2011

94: ^ disebalik api kaca yang panas^

~ nak share apa yang menarik untuk dilihat dan dilawati bersama...








hasil-hasil lain







Monday, July 25, 2011

93: ^ pokok getah pelik^


~ pelik tapi benar..korang penah tengok tak spesis pokok getah macam ni?
ni pertama kali ni tengok..
nak jumpa pun kat pulau tuba ja..
bukan setakat bercabang malahan besar pula tu..
ish..ish..dasat-dasat..hehe

nanti kita tengok plak teknik orang kg pulau tuba menunjukkan kekreativitian mereka untuk mendapatkan hasil susu getah dalam kuantiti yang banyak..ok..da..arios..

Saturday, July 23, 2011

92: ^ jepun..cepat la betulkan talian komunikasi tu...^

~ kesan daripada tsunami hari tu masih terasa rupanya
walaupun nampak macam Jepun dah nak pulih balik tapi hakikatnya belum sepenuhnya lagi..
aku nilah salah satu mangsa yang terasa kesannya..huhu
kalau duduk berjauhan ni sistem komunikasi amat penting 
tak kiralah telefon ke..internet ker..
kalau nk online pun kena tunggu ada line baru boleh..
dah tu tengah-tengah online line terputus dah susah nak sambung balik..
kadang-kadang seharian line tak da langsung
aish......memang menguji  kesabaran tahap gaban dah ni..~





Thursday, July 21, 2011

91: ^ rehat otak + cuci mata ( ^_* ) ^

~ petang tadi lepas habis je keja yang begitu memenatkan kitaorang berempat nak rileks-rilekskan kepala yang serabut dengan kerenah orang ramai + bos kat tepi pantai sambil cuci-cuci mata..hehe
nak share apa yang menyucikan mata kitaorang tadi..:-)














Sunday, July 17, 2011

90: ^ dah macam dekat arab saudi!!!^

~ petang tadi lepak-lepak isi perut dekat KFC  dengan mamber-member keja..
punya la ramai orang sampai meja penuh..
tak menang tangan staff KFC tu sampai tak sempat nak bersihkan meja
bayangkan dalam KFC 90% semua orang arab
semuanya berjubah hitam
pusing kanan orang arab
pusing kiri orang arab
pusing belakang orang arab..ish..ish..
memang musim arab kat Langkawi sekarang ni..
saper-saper yang rasa nk merasa suasana di arab datang la Langkawi..huhu~


Sunday, July 10, 2011

89: ^ kurang sivik punya orang^

~ hari ni nak kongsi cerita kejadian yang berlaku malam semalam
tak tahu nak dikatakan langgar lari atau tidak disengajakan
semalam follow my sis p shopping barang dapur
dan macam biasa la konvoi dua biji alza
keta kitaorang gerak dulu dan disusuli kemudian sebiji lagi
kitaorang sampai dulu kitaorang masuk shopping dulu la...
dah kitaorang nak abis shopping baru sebiji lagi sampai
so, kitaorang decide nak tunggu kat dalam keta ja la..
( intro punya la panjang...hehe)

dalam tengah nak masukkan barang dalam but keta 
abang ipar perasan yang alza baru sampai tadi(merangkap jiran mereka)  bumper belakang dah kemek (suspen gila ni..huhu)
terus dia call tuan punya keta tu..tuan keta tu cakap sebelum ni mana ada kemek pun..
apa lagi jadi kecoh la kat lot parking tu..
mamat yang tukang kutip troli tu cakap dia "round" dekat situ tadi tak perasan pula..
ha..ni kes langgar lari ni..
yang hairannya kawasan parking tu jauh dari keta-keta lain dan parking tu satu-satunya yang ada sebab sebelah dengan paip bomba
dalam keadaan bengang + marah macam-macam la keluar dari mulut..huhu
maklum la keta baru keluar tak sampai setahun lagi..

mood shopping terus hilang..(tuan punya keta la)
pas tu wife dia baru perasan yang "note" kat wiper depan
note tu tulis
" keta u ada orang langgar..dia lari..ni no plat keta tu KV7844B"
alhamdulillah ada juga manusia yang perihatin

lepas tu report polis la..
beware keta tu.
keta anda dah WANTED!!!!


p/s: kalau orang yang langgar tu ada kesedaran sivik dia akan letak note bagitau dia terlanggar dan call no phone dia untuk berurusan pasal keta tu..





88: ^dimana kejujuranmu!!!^

~ setiap perhubungan perlukan kejujuran
setiap kejujuran perlukan kepercayaan
macam mana kita nak tahu adanya kejujuran itu
macam mana kita nak kenalpasti wujudnya kepercayaan itu
sedangkan ia masih samar-samar
tak nampak adanya ia kerana terselindung disebalik helah dan alasan

macam mana nak mencari semua itu disebalik kesamaran itu?

~diri dalam dilema~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...