Wednesday, August 24, 2011

100 ^ cinta muka buku^

wah!!! dah sampai 100 dah..(^_~)
saja jer nak share dengan semua video najwa latiff " cinta muka buku"
best dan sempoi arr lagu ni..video clip dia pun best..
layannnzzzzz~~~~~


99: ^ pencuri wanita solo bertudung diburu!!!!^


TELUK INTAN: Seorang gadis bertudung menjadi buruan polis selepas dikesan licik menjalankan kegiatan mencuri secara solo dengan taktik berpura-pura mencari pekerjaan.
Gadis itu didakwa menggunakan kelebihan rupa paras dan tutur kata manis untuk memukau mangsa. Gadis dikenali sebagai Nurul Aqila, berkulit cerah dan memiliki ketinggian kira-kira 160 sentimeter itu didakwa amat licik memperdaya mangsa dengan berpura-pura memohon kerja di premis menjual telefon bimbit sebelum melarikan barangan seperti telefon bimbit, kad tambah nilai dan beberapa aksesori telefon bimbit.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kes itu dikesan pada jam 10 pagi, 12 Julai lalu apabila suspek yang berbaju kurung hitam mengunjungi sebuah kedai menjual telefon bimbit di Jalan Besar, Langkap, di sini.

Menurutnya, suspek menemui pemilik kedai sebelum bertanyakan kerja kosong.

“Mangsa terus mengambilnya bekerja selepas gadis itu mereka cerita kononnya baru enam bulan berkahwin dan mahu bekerja untuk menyara hidup.

“Selepas kira-kira 20 minit bekerja di kedai itu, suspek kemudian meminta izin dari majikannya untuk ke kedai fotostat berdekatan dengan alasan membuat salinan kad pengenalan.


“Pemilik kedai telefon bimbit itu bagaimanapun mula pelik apabila suspek yang keluar seketika tidak muncul semula,” katanya.

Mangsa menyedari dua telefon bimbit berjenama terkenal berharga RM3,000 hilang dari rak pameran di dalam premis.

Beliau berkata, mangsa yang menyedari diperdaya gadis itu membuat laporan di Balai Polis Langkap.

“Gadis itu sekali lagi menggunakan taktik sama dua hari lalu dengan memperdaya seorang pemilik premis menjual telefon bimbit.

“Suspek yang berpura-pura mencari pekerjaan melarikan satu telefon bimbit dan 100 keping kad tambah nilai dianggarkan RM4,000 keseluruhannya tetapi suspek tidak sedar wajahnya dirakam kamera litar tersembunyi (CCTV)
mangsa di kedai di Langkap,” katanya.~ sumber:harian metro.



korang kenal tak? kalau kenal p wat report cepat-cepat dekat balai polis..


Saturday, August 20, 2011

98: ^ yang lama atau yang baru??^

~ mood raya dah mai dah ni..
di radio banyak dah mainkan lagu raya..
teringat zaman study dulu..dengar lagu raya mesti nak nangis punya tringat kat kampung..huhu..
mood nak study pun hilang..kepala otak ni dah sampai kampung dah..hehe

tapi kan..lagu raya sekarang tak "touching" macam lagu raya dulu-dulu..
lagu raya lama lagi best dan menusuk kalbu berbanding lagu sekarang kn?
tak tahu pula korang macam mana..

lagu yang paling best :~>

 anuar zain versi kanak-kanak..muka maintain macam sekarang..hehe

Thursday, August 18, 2011

97: ^ apa dah nak jadi ni....^

~ isnin lepas turun alor setaq jap sebab ada keje sikit kat wisma persekutuan
pas balik dari wisma tu ada masa lagi nak balik sebab feri kami pukul 3.30..so.. pusing-pusing jap dengan mamber (fiza) kat pekan rabu..
banyak betol bazar-bazar sepajang pekan rabu tu..
dalam tengah pusing-pusing stop jap dekat kedai jual "paper"
pas tu ada sorang pak cik tu dengan slumber jer pegi ambik air mineral dalam peti ais kat kedai tu..nak cover malu la kot kami berdua tengok dia terus air tu dia letak dalam poket seluar..kalau keje berat xpa la gak..ni keje "pok guard" ja..keja duduk ja..tu pun dah tak boleh tahan nak puasa..ish..ish..apa nak jadi pun tak tahu la..
pagi tu dah sekali dah terkantoi pakcik kat hotel kitaorg tidor tu..
boleh pula sibuk-sibuk wat "breakfast"..punya nak cover malu sebab dah tua tapi tak puasa terus tukar cakap dialek india...apa da..macam la kitaorang tak cam semalam dia yang hantar iron kat bilik kitaorang..kalau india takkan bagi salam..ish..ish..pak cik-pak cik..rumah kata pergi kubur kata mari pun takda kesedaran sivik lagi..huhu
 ok la  selamat berpuasa yer..jangan ponteng-ponteng tau..:-)

pic:~ google

Thursday, August 11, 2011

96: ^ 11 Ramadhan...^

~ pejam celik dah 11 hari kita berpuasa..
puasa tahun ni..puasa dalam sejuk..mahu tidaknya boleh dikatakan setiap hari hujan..
alhamdulillah..tak la terasa letih sangat berpuasa..

juadah hari ni ala kadar je sebab hanya tinggal kami berempat saja..
kalau hari-hari lain kecoh satu rumah dengan anak-anak buah..

menu hari ni...


pembasah tekak


menu ayah

ikan masak asam


kari ikan 
+
ikan goreng +ulam ulaman + sambal belaca (^_*)

* pic. sumber enchik google....

Saturday, August 6, 2011

95: ^ puasa vs raya ^

~ baru 5 hari puasa dah dengar lagu raya berkumandang..
tulah semangatnya rakyat Malaysia
kuih raya dah bersepah-sepah kat pasaraya
baju xpayah cakap la..
sebelum puasa lagi dah ada..huhu..

apa-apa pun kemeriahan bulan Ramadhan di Malaysia ni xdapat ditandingi dan dirasai 
di negara lain...




guys....selamat menjalani ibadah puasa..(^_^)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...