Sunday, June 6, 2010

54: ^ ciuman maut^



~ha..kenapa maut?..korang tahu tak yang ciuman seorang perokok boleh membawa maut kepad kanak-kanak.  Prof. Robert Booy (pengarah penyelidikan kebangsaan di The Children's Hospital Sydney) berkata seorang perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria yang berbahaya pada kerongkong mereka.  Bakteria tersebut boleh menyebabkan kematian ini akan berpindah kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium.  Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus.  Pelukan dan ciuman pada kanak-kanak boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun perokok itu merokok di luar rumah.  Hal ini kerana kanak-kanak mempunyai sistem imunisasi yang lemah, ini mendorong mereka mengidap meningitis dan boleh membawa maut.
***oleh itu bagi perokok-perokok kat luar tu renung-renungkanlah dan selamat beramal (^_^)~

1 comment:

  1. erk.. artikel yang dicopy x abis nih= bukan kt bawah artikel tuh ada tulis pandangan beberapa pakar lain yg x menyokong pon pandangan Prof nih~ ;)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...